SLIDE SHOW MUSOLLA RAUDHATUL JANNAH

Aktiviti-Bacaan Yassin-

Majlis Solat Hajat & Bacaan Yassin-13 ogos 2009


MAKLUMAT SEKOLAH

Nama Sekolah : SK Taman Mutiara Rini 2
Kod Sekolah : JBA 1126
Berasrama/ Tidak : Tidak
Sesi Persekolahan : Sesi Pagi
Bilangan Guru Islam : 34 orang
Bilangan Staf Islam : 6 orang
Bilangan Murid Islam :-
Lelaki : 334 orang
Perempuan : 256
Jumlah Keseluruhan Murid: 657 orang

MAKLUMAT SURAU/ MUSOLLA

SK TAMAN MUTIARA RINI 2 2009

a. Nama Surau : Raudhatul Jannah
b. Bangunan Surau : Bangunan Sendiri

PENDAHULUAN

Musolla Al- Hakim Sk Taman Mutiara Rini 2 merupakan suatu projek yang dirancang untuk meningkatkan imej dan memartabatkan fungsi surau Sk Taman Mutiara Rini 2 sesuai dengan perkembangan dan keperluan semasa. Projek ini akan memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada warga sekolah bahawa fungsi surau bukan hanya sekadar kegunaan untuk beribadat sahaja tetapi ianya dapat diaplikasikan untuk menjalankan pelbagai aktiviti keagamaan dan kerohanian yang akan memberikan sumbangan kepada pembangunan dan kecemerlangan jasmani, emosi, rohani dan intelek murid secara seimbang dan bersepadu.

RASIONAL

Sk Taman Mutiara Rini 2 ingin menjadikan surau sebagai salah satu kompenen pendidikan yang wajar diberikan perhatian dan sokongan daripada semua warga sekolah. Projek ini adalah untuk menaiktaraf dan mengimarahkan fungsi surau dari pelbagai aspek ketahap yang optimum dan memastikan aspek pengurusan dan perancangan yang baik dan berkesan. Surau Sk Taman Mutiara Rini 2 perlu dibangunkan selari dengan keperluan semasa dan sentiasa berada dihati warga SK Taman Mutiara Rini 2.

VISI DAN MISI

Visi
Pusat ilmu membina modal insan berkualiti dunia akhirat

Misi
Merealisasikan fungsi surau sekolah sebagai pelengkap pembelajaran memupuk nurani menuju keredhaan Ilahi

MATLAMAT


Menjadikan surau SK Taman Mutiara Rini 2 sebagai pusat perkembangan ilmu dan pembentukan akhlak berdasarkan penerapan prinsip islam hadhari dan Plan Induk Pembangunan Pendidikan yang sentiasa di isi dengan program dan aktiviti yang menarik minat warga SK Taman Mutiara Rini 2 untuk mendekatkan diri dengan surau berdasarkan matlamat berikut:

  • Menjadikan musolla sebagai pusat ibadah seluruh warga sekolah pada setiap masa
  • Menjadikan musolla sebagai pusat ilmu dan maklumat Islam melalui pelbagai kemudahan dan program yang dijalankan
  • Menerapkan budaya menuntut ilmu di kalangan warga sekolah dan menyemai rasa cintakan musolla di kalangan warga sekolah

OBJEKTIF

Projek musolla Al-Hakim SK Taman Mutiara Rini 2 adalah bertujuan untuk :
Meningkatkan prestasi pengurusan dan martabat surau SK Taman Mutiara Rini 2 supaya sentiasa diisi dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan kerohanian.
Menaiktaraf dan menceriakan surau supaya sentiasa menarik dan kondusif untuk diimarahkan pada setiap masa.
Menjadikan surau sebagai pusat kecemerlangan ilmu dan pembentukan modal insane yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Mewujudkan kerjasama dan kesepaduan warga sekolah untuk mengimarahkan surau sebagai pusat ilmu dan ibadat.
Melatih pelajar dengan kepimpinan dan syaksiyyah Islamiah yang unggul
Menerapkan sikap warga sekolah yang sentiasa memuliakan dan mendekatkan diri dengan surau pada setiap masa.

SASARAN
Semua warga SK Taman Mutiara Rini 2.

STRATEGI PELAKSANAAN

  • Penyediaan kertas konsep
  • Pembentangan kertas cadangan
  • Makluman kepada Pejabat Pelajaran Daerah
  • Mesyuarat jawatankuasa pemantauan
  • Pemantauan ke sekolah-sekolah
  • Pengiktirafan dan pemilihan musollah AL-Hakim
  • Pelancaran musolla Al-Hakim.

AHLI JAWATANKUASA SURAU/ MUSOLLA

  • SK TAMAN MUTIARA RINI 2 2009 :

    JAWATANKUASA INDUK MUSOLLA AL HAKIM

    Penasihat : Pengarah Pelajaran Johor
    Pengerusi : Timbalan Pengarah Pelajaran Johor
    Timbalan Pengerusi : Ketua Sektor SPPIM
    Setiausaha : Penolong Pengarah Dakwah
    Ahli Jawatankuasa :
  • Ketua Sektor Pengurusan Sekolah
  • Ketua Sektor Pengurusan Akademik
  • Ketua Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan
  • Ketua Sektor PengurusanPembangunan Kemanusiaan
  • Ketua Penolong Pengarah Pusat Sumber
    Pendidikan Negeri
  • Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru
  • Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat
  • Pegawai Pelajaran Daerah Muar
  • Pegawai Pelajaran Daerah Segamat
  • Pegawai Pelajaran Daerah Kluang
  • Pegawai Pelajaran Daerah Kota Tinggi
  • Pegawai Pelajaran Daerah Pontian
  • Pegawai Pelajaran Daerah Mersing
  • Pegawai Pelajaran Daerah Kulai

    JAWATANKUASA PENGELOLA MUSOLLA ALHAKIM

    Penaung : Pengarah Pelajaran Johor
    Penasihat : Timbalan Pengarah Pelajaran Johor
    Pengerusi Bersama : Ketua Sektor SPPIM
    Pegawai Pelajaran Daerah
    Timbalan Pengerusi : Pengerusi Panitia Pendidikan Islam Daerah /
    Pengerusi MAKDIS Daerah
    Setiausaha : Unit Pendidikan Islam
    Penolong Setiausaha : Setiausaha Panitia Pendidikan Islam Daerah/
    Setiausaha MAKDIS Daerah
    Bendahari : Penyelia Pendidikan Islam
    Ahli Jawatankuasa : Pengetua / Guru Besar Sekolah

    Penasihat : Tn Haji Aminuddin Bin Adam
    Pegawai Pelajaran Daerah

    Pengerusi : Pn Zainab Binti Haji Abu Bakar
    Guru Besar Sk Taman Mutiara Rini 2

    Timbalan Pengerusi 1 : Pn Rahmah Bt Mohd Yassin
    Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

    Timbalan Pengerusi 2 : En Mohammad Bin Abd Rahim
    Penolong Kanan Kurikulum

    Penyelaras : En Hafizfuddin Bin Saad
    Penyelaras Dakwah

    Setiausaha : Pn Roziana Bt Bidin
    Penyelaras Surau

    Naib Setiausaha : Pn Zaharah Binti Samidi

    Bendahari : Pn Norhayati Binti Salleh



    Pengurusan Aktiviti/Dakwah Dan Pendidikan : En Hafizfuddin Bin Saad

    Pengurusan Penerbitan Dan Perpustakaan : Pn Zaharah Binti Samidi
    Pn Norizan Bt Yahya
    Pengurusan Kebersihan Dan Keceriaan : Pn Rosmarina Bt Othman
    Pn Salbiah Bt Abu Bakar
    Pengurusan Landskap : Pn Rozimah Bt Muhamad
    En Mustafa Kamal Fasha Muhyin
    Pengurusan Pembangunan Dan Peralatan : En Zkyruddin Bin Salleh
    En Wan Norazwan Bin W.Mohamad
    Pengurusan Keselamatan Dan Disiplin : Pn Norhayati Binti Salleh
    En Khairul Anuar Bin Ahmad
    Pengurusan Kebajikan Dan Perhubungan Luar: Pn Roziana Binti Bidin
    Pengurusan Dokumentasi Cik Miza Shuhadah Zainal Abidin

  • Senarai Tugas Jawatankuasa Pengurusan Surau Sekolah
  • Penasihat
    Memberi nasihat, pandangan dan idea kepada Jawatankuasa Surau.
    Memastikan kemajuan dan kecemerlangan surau.
  • Pengerusi
    Menjadi Penggerak utama kemajuan surau.
    Mempengerusikan mesyuarat, perjumpaan dan taklimat.
    Membantu dan bekerjasama dengan jawatankuasa ke arah pengurusan
    surau yang efisyen dan sistematik.
    Merancang aktiviti surau dan menyediakan jadual bertugas bersama AJK
    lain.
    Melaksanakan aktiviti yang telah dirancangkan.
    Memantau dan membuat penilaian aktiviti untuk pelaporan.
    Timbalan Pengerusi & Naib Pengerusi
    Menjalankan tugas-tugas pengerusi semasa ketiadaannya.
    Membantu pengerusi dalam melaksanakan tugas-tugasnya.
  • Setiausaha
    Membuat panggilan mesyuarat dan surat menyurat.
    Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat.
    Merancang aktiviti surau dan jadual bertugas bersama-sama AJK lain.
    Membantu dan berhubung rapat dengan Pengerusi dan AJK lain.
    Menerima arahan daripada pengerusi dari masa ke semasa.
  • Naib Setiausaha
    Merancang aktiviti surau dan jadual bertugas bersama AJK lain.
    Memberi kerjasama kepada Pengerusi dan Setiausaha dalam
    perlaksanaan pengurusan aktiviti.
    Menyediakan laporan aktiviti dan dokumentasi.
    Membantu dan berhubung rapat dengan Pengerusi, Setiausaha dan AJK
    lain.
    Menerima arahan daripada pengerusi dari masa ke semasa.
  • Bendahari
    Menguruskan hal ehwal kewangan surau dan menyediakan laporan
    penyata.
    Merancang usaha-usaha untuk mengisi tabung surau bersama AJK lain.
  • Kewangan
    a) Sumber Pendapatan
    Sumbangan derma/infak tahunan daripada setiap pelajar atas kadar budi
    bicara pihak sekolah.
    Sumbangan derma/infak tahunan daripada semua guru dan kakitangan
    atas ketetapan pihak sekolah.
    Peruntukan tahunan daripada PIBG bagi melaksanakan aktiviti surau dan
    aktiviti keagamaan.
    Memohon sumber-sumber kewangan daripada agensi seperti institusi
    zakat, yayasan dan sebagainya.
    Sumbangan ikhlas daripada pihak-pihak yang dibenarkan.
    Membuat projek jualan amal yang bersesuaian.
    b) Perbelanjaan
    Semua perbelanjaan hendaklah diurus dengan berhemah.
    Semua perbelanjaan pengurusan aktiviti-aktiviti surau perlulah mendapat
    kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Surau Sekolah.


PENGURUSAN AKTIVITI

1. Menyediakan perancangan aktiviti surau berdasarkan analisis
kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman dan cabaran
2. Menyediakan perancangan berdasarkan matlamat jangka panjang dan
jangka pendek
3. Perlaksanaan aktiviti dibahagikan kepada harian, mingguan, bulanan
dan berkala
4. Perancangan diterjemahkan dalam bentuk tindakan seperti
pembentukan jawatankuasa dan agihan tugas
5. Mengadakan penyelarasan dan pengawalan akativiti bagi memastikan
kelicinan perlaksanaan, pencapaian matlamat dan keberkesanan aktiviti
6. Mengadakan penilaian terhadap perancangan dan aktiviti yang
dijalankan bagi mengenalpasti kejayaan dan kelemahan serta kaedah
untuk mengatasinya.
7. Semua aktiviti yang dilaksanakan didokumentasikan untuk tujuan pelaporan atau rekod perlaksanaan.