SLIDE SHOW MUSOLLA RAUDHATUL JANNAH

Aktiviti-Bacaan Yassin-

Majlis Solat Hajat & Bacaan Yassin-13 ogos 2009


MAKLUMAT SEKOLAH

Nama Sekolah : SK Taman Mutiara Rini 2
Kod Sekolah : JBA 1126
Berasrama/ Tidak : Tidak
Sesi Persekolahan : Sesi Pagi
Bilangan Guru Islam : 34 orang
Bilangan Staf Islam : 6 orang
Bilangan Murid Islam :-
Lelaki : 334 orang
Perempuan : 256
Jumlah Keseluruhan Murid: 657 orang

MAKLUMAT SURAU/ MUSOLLA

SK TAMAN MUTIARA RINI 2 2009

a. Nama Surau : Raudhatul Jannah
b. Bangunan Surau : Bangunan Sendiri

PENDAHULUAN

Musolla Al- Hakim Sk Taman Mutiara Rini 2 merupakan suatu projek yang dirancang untuk meningkatkan imej dan memartabatkan fungsi surau Sk Taman Mutiara Rini 2 sesuai dengan perkembangan dan keperluan semasa. Projek ini akan memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada warga sekolah bahawa fungsi surau bukan hanya sekadar kegunaan untuk beribadat sahaja tetapi ianya dapat diaplikasikan untuk menjalankan pelbagai aktiviti keagamaan dan kerohanian yang akan memberikan sumbangan kepada pembangunan dan kecemerlangan jasmani, emosi, rohani dan intelek murid secara seimbang dan bersepadu.

RASIONAL

Sk Taman Mutiara Rini 2 ingin menjadikan surau sebagai salah satu kompenen pendidikan yang wajar diberikan perhatian dan sokongan daripada semua warga sekolah. Projek ini adalah untuk menaiktaraf dan mengimarahkan fungsi surau dari pelbagai aspek ketahap yang optimum dan memastikan aspek pengurusan dan perancangan yang baik dan berkesan. Surau Sk Taman Mutiara Rini 2 perlu dibangunkan selari dengan keperluan semasa dan sentiasa berada dihati warga SK Taman Mutiara Rini 2.

VISI DAN MISI

Visi
Pusat ilmu membina modal insan berkualiti dunia akhirat

Misi
Merealisasikan fungsi surau sekolah sebagai pelengkap pembelajaran memupuk nurani menuju keredhaan Ilahi

MATLAMAT


Menjadikan surau SK Taman Mutiara Rini 2 sebagai pusat perkembangan ilmu dan pembentukan akhlak berdasarkan penerapan prinsip islam hadhari dan Plan Induk Pembangunan Pendidikan yang sentiasa di isi dengan program dan aktiviti yang menarik minat warga SK Taman Mutiara Rini 2 untuk mendekatkan diri dengan surau berdasarkan matlamat berikut:

  • Menjadikan musolla sebagai pusat ibadah seluruh warga sekolah pada setiap masa
  • Menjadikan musolla sebagai pusat ilmu dan maklumat Islam melalui pelbagai kemudahan dan program yang dijalankan
  • Menerapkan budaya menuntut ilmu di kalangan warga sekolah dan menyemai rasa cintakan musolla di kalangan warga sekolah